Skip to main content

Posts

Pengalaman buat rawatan HSG di HSA JB

12/03/2019 Hari kejadian. Sampai HSA pukul 9am. Masa ni dah start nervous cuak takut semua. Sebab bila google semua ckp HSG ni sakit. Dan2 pulak time tu perut sakit, jadi pergi la tandas dulu membuang. Hehehe. Suami masa ni tengah cari parking lagi, lagi bertambah cuak sebab suami takde sekali. 915am beranikan diri juga pergi kaunter pendaftaran & pass borang HSG. Staff pon bagi nombor giliran & suruh tunggu depan pintu bilik 2. Tak sampai 5minit duduk nurse bilik 2 panggil. Masa dipanggil tu ada sedikit salah faham, sebabnya masa call untuk set appointment tu, nama ditulis sebagai Nadia. Tp dekat borang nama Najiah. Nurse tanya ada set appointment ke, saya pon menerangkan la situasi yang terjadi. Nurse semak ic sama. Nurse suruh masuk bilik tukar kepada kain hijau yang ada dalam bilik persalinan tu. Kena tanggalkan semua kecuali baju & tudung. Dah tukar kepada kain hijau tu nurse suruh duduk atas mesin pemeriksaan. Doktor datang untuk terangkan proses HSG ni. Masa ten...
Recent posts

Hai CD1

05/03/2019 Sepatutnya cycle lepas bulan Februari tu boleh buat semua ujian yang doktor suruh. Tapi bulan tu kebanyakkan tarikh nak buat ujian2 sepatutnya tak sesuai sebab cuti CNY & bulan tu over stress. So kita tunggu sampai next cycle which is bulan Mac. Kalau pregnant tak perlu buat semua ujian tu tapi belum rezeki lagi period datang juga 😔 Selasa, 5/3/19 flow period datang. Masa first appointment tu nurse dah inform awal2 kalau first period terus call Jabatan Radiologi untuk set appointment buat HSG. Punyala susah line nak lepas, setelah beberapa kali try call jabatan radiologi, staff dia pon angkat call. Kita pon inform cakap nak set appointment buat HSG sebab haritu hari first period datang. Sebelum dapat tarikh tu, staff dia interview sikit: tanya berapa lama tempoh period. Staff tu inform apa yang perlu dan tak boleh dibuat sebelum buat HSG tu. Dan, 12/03/19 pukul 930pagi hari yang dinantikan untuk buat HSG, iaitu jatuh pada CD8.

Apa itu HSG?

Apakah Pemeriksaan Histerosalpingografi? Histerosalpingografi / HSG merupakan satu pemeriksaan radiologi untuk melihat bentuk rongga rahim serta patensi tiub fallopio. Pemeriksaan ini menggunakan media kontras supaya uterus dan tiub fallopio dapat dilihat dengan jelas menggunakan kaedah floroskopi. Pakar radiologi akan dapat melihat keseluruhan sistem reproduktif dengan lebih jelas semasa media kontras mengalir melalui tiub fallopio dan memenuhi keseluruhan sistem reproduktif. Penyumbatan (blockage) pada tiub fallopio dan juga struktur yang abnormal juga akan dapat dikenalpasti. *** Faham tak faham tak? Senang cerita, HSG ni nak tengok sama ada tiub kita tersumbat atau tidak yang menjadi punca seseorang wanita itu sukar mengandung. Gitewww. Hehehe Persediaan Prosedur HSG Tarikh untuk pemeriksaan HSG biasanya diberikan di antara hari ke 4 sehingga hari ke 10 dari hari pertama haid (rujuk LMP). Ini penting untuk memastikan supaya anda tidak mengandung dan juga mengurangka...

Rawatan Kesuburan di HSAJB

29/01/2019 First appointment di Hospital Sultanah Aminah Jb bahagian O&G. Terus ke part jumpa doktor eh, panjang sangat nak cerita kalau sebelum2 tu. Heheheh. Masa ni suami ikut sekali tapi doktor kata untuk first visit ni suami tak perlu masuk, isteri je masuk jumpa doktor.  Dah masuk bilik doktor, saya pon kena interview dengan doktor: Sejarah haid, bila mula period, kitaran berapa lama, tempoh period, ada masalah senggugut atau apa2 alahan, family ada sejarah kanser tak, suami merokok atau tidak, berapa lama kahwin, pernah pregnant tak etc. Settle interview, doktor scan & perut & tvs. Ok masa buat scan perut & tvs tu doktor kata semua normal, cyst & fibroid pon takde. Jadi doktor kata kena buat HSG untuk cek tiub tersumbat ke tak. Tunggu kejap dekat luar kemudian nurse panggil & serahkan borang2 untuk pemeriksaan2 lain. Lepas ni kena buat blood test CD2, CD21, HSG & sperm test suami. Selesai nurse pass semua borang kena perg...

Rawatan Kesuburan di Klinik Kesihatan Part 2

18/07/2018 Assalamualaikum. Sambung story post sebelum ni. Macam biasa sampai kk buat pendaftaran dapat nombor giliran tunggu sampai nama dipanggil. Harini kena buat ujian darah; T4/TSH, D21 progesterone dan LH/FSH. Harini lama juga tunggu nama dipanggil untuk ambil darah. Tapi takpe sebab rawatan pon murah kita tunggu jela. Settle ambil darah kena hantar botol tabung uji darah tu dekat makmal. Tapi sebelum balik tu pergi jap kaunter temujanji sebab nak tukar tarikh temujanji pada 09/09/2018. Tarikh tu jatuh masa Hari Keputeraan YDP Agong. Dapat tarikh baru esok harinya, 10/09/2018 pukul 2. Waktu ni doktor akan bagitahu result ujian darah dan tengok la apa doktor suggest nanti.  Apa-apa kita tunggu bulan 9 nanti. Harap yang baik2 je result th nanti. Aamiin. Jumlah bayaran dikenakan RM1 sahaja 😊 Nampak tak tu.. Tiga botol darah untuk diuji..  Serammmm

Rawatan Kesuburan di Klinik Kesihatan

12/07/2018 Assalamualaikum 😘😘😘 Saje buat blog konon jadi diari perjalanan ttc sendiri..  Gituuu..  Hehe 😁 Lagi 5hari genap usia perkahwinan 1tahun 4bulan. Dalam tempoh tu masih belum ada tanda tanda nak pregnant. Jadi, ajak suami teman nak buat rawatan kesuburan dekat kk. Memandangkan sekarang duduk dekat Pekan Nanas ajak suami pergi KK Pekan Nanas. Sampai je kk masa pendaftaran cakap dekat staff nak buat rawatan kesuburan. Lepas tu dapat nombor giliran tunggu hingga nombor dipanggil. Bila nombor dipanggil doktor pun tanya ada masalah apa. Kita pun terangkan la tujuan kita datang. Sebelum ke next step, doktor interview dulu tanya macam2; cycle period macam mana, tempoh period berapa lama, pendarahan banyak ke sikit, ada penyakit ke tak macam kencing manis atau darah tinggi. Habis interview doktor scan nak tgk keadaan rahim normal ke tak ada cyst macam tu semua.  Dari hasil scan doktor kata semua ok rahim cantik cyst pon tak nampak. Tp scan ...