Apakah Pemeriksaan Histerosalpingografi?
Histerosalpingografi / HSG merupakan satu pemeriksaan radiologi untuk melihat bentuk rongga rahim serta patensi tiub fallopio.
Pemeriksaan ini menggunakan media kontras supaya uterus dan tiub fallopio dapat dilihat dengan jelas menggunakan kaedah floroskopi.
Pakar radiologi akan dapat melihat keseluruhan sistem reproduktif dengan lebih jelas semasa media kontras mengalir melalui tiub fallopio dan memenuhi keseluruhan sistem reproduktif. Penyumbatan (blockage) pada tiub fallopio dan juga struktur yang abnormal juga akan dapat dikenalpasti.
*** Faham tak faham tak? Senang cerita, HSG ni nak tengok sama ada tiub kita tersumbat atau tidak yang menjadi punca seseorang wanita itu sukar mengandung. Gitewww. Hehehe
Persediaan Prosedur HSG
Tarikh untuk pemeriksaan HSG biasanya diberikan di antara hari ke 4 sehingga hari ke 10 dari hari pertama haid (rujuk LMP).
Ini penting untuk memastikan supaya anda tidak mengandung dan juga mengurangkan risiko jangkitan. Sila berbincang dengan doktor anda sekiranya anda tidak pasti atau kemungkinan anda disyaki mengandung.
Anda perlu menghubungi jabatan untuk mendapatkan temujanji pada hari pertama datang haid. Ini penting untuk memastikan agar pihak jabatan dapat memberi tarikh temujanji pada hari yang sesuai.
Anda tidak perlu berpuasa, tetapi adalah disarankan agar tidak mengambil makanan berat sebelum prosedur HSG.
Anda perlu memaklumkan kepada doktor sekiranya mempunyai sejarah asma, alahan kepada makanan laut, ubat-ubatan dan media kontras untuk mengelak kemungkinan berlakunya kesan sampingan terhadap penggunaan media kontras semasa pemeriksaan.
Ubat penahan sakit (paracetamol), mungkin akan diberi dalam masa 1 jam sebelum pemeriksaan HSG.
Anda tidak dibenarkan/ tidak digalakkan melakukan hubungan kelamin tanpa menggunakan peralatan pencegahan kehamilan untuk mengelakkan kemungkinan anda mengandung semasa pemeriksaan dijalankan.
Hasil google : http://www.myhealth.gov.my/histerosalpingografi-hsg/

Comments
Post a Comment