Skip to main content

Rawatan Kesuburan di HSAJB

29/01/2019

First appointment di Hospital Sultanah Aminah Jb bahagian O&G.

Terus ke part jumpa doktor eh, panjang sangat nak cerita kalau sebelum2 tu. Heheheh.

Masa ni suami ikut sekali tapi doktor kata untuk first visit ni suami tak perlu masuk, isteri je masuk jumpa doktor. 

Dah masuk bilik doktor, saya pon kena interview dengan doktor: Sejarah haid, bila mula period, kitaran berapa lama, tempoh period, ada masalah senggugut atau apa2 alahan, family ada sejarah kanser tak, suami merokok atau tidak, berapa lama kahwin, pernah pregnant tak etc. Settle interview, doktor scan & perut & tvs.

Ok masa buat scan perut & tvs tu doktor kata semua normal, cyst & fibroid pon takde. Jadi doktor kata kena buat HSG untuk cek tiub tersumbat ke tak.

Tunggu kejap dekat luar kemudian nurse panggil & serahkan borang2 untuk pemeriksaan2 lain. Lepas ni kena buat blood test CD2, CD21, HSG & sperm test suami.

Selesai nurse pass semua borang kena pergi kaunter pendaftaran balik untuk booked next appointment. Next appointment jatuh bulan 5 nanti 28/05/2019. Tp in between sebelum ke next appointment tu kena settlekan semua test2 yang kena buat tadi. 

Jumlah bayaran untuk first appointment ni RM1 je.

Comments

  1. Hi Sis, nak tanya pasal appointment, berapa kali appointment Dr panggil untuk buat test?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1st appointment tu kalau takde problem nanti doktor akan bagi date untuk test2 lain mcm hsg, blood test etc mcm tu.

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman buat rawatan HSG di HSA JB

12/03/2019 Hari kejadian. Sampai HSA pukul 9am. Masa ni dah start nervous cuak takut semua. Sebab bila google semua ckp HSG ni sakit. Dan2 pulak time tu perut sakit, jadi pergi la tandas dulu membuang. Hehehe. Suami masa ni tengah cari parking lagi, lagi bertambah cuak sebab suami takde sekali. 915am beranikan diri juga pergi kaunter pendaftaran & pass borang HSG. Staff pon bagi nombor giliran & suruh tunggu depan pintu bilik 2. Tak sampai 5minit duduk nurse bilik 2 panggil. Masa dipanggil tu ada sedikit salah faham, sebabnya masa call untuk set appointment tu, nama ditulis sebagai Nadia. Tp dekat borang nama Najiah. Nurse tanya ada set appointment ke, saya pon menerangkan la situasi yang terjadi. Nurse semak ic sama. Nurse suruh masuk bilik tukar kepada kain hijau yang ada dalam bilik persalinan tu. Kena tanggalkan semua kecuali baju & tudung. Dah tukar kepada kain hijau tu nurse suruh duduk atas mesin pemeriksaan. Doktor datang untuk terangkan proses HSG ni. Masa ten...

Apa itu HSG?

Apakah Pemeriksaan Histerosalpingografi? Histerosalpingografi / HSG merupakan satu pemeriksaan radiologi untuk melihat bentuk rongga rahim serta patensi tiub fallopio. Pemeriksaan ini menggunakan media kontras supaya uterus dan tiub fallopio dapat dilihat dengan jelas menggunakan kaedah floroskopi. Pakar radiologi akan dapat melihat keseluruhan sistem reproduktif dengan lebih jelas semasa media kontras mengalir melalui tiub fallopio dan memenuhi keseluruhan sistem reproduktif. Penyumbatan (blockage) pada tiub fallopio dan juga struktur yang abnormal juga akan dapat dikenalpasti. *** Faham tak faham tak? Senang cerita, HSG ni nak tengok sama ada tiub kita tersumbat atau tidak yang menjadi punca seseorang wanita itu sukar mengandung. Gitewww. Hehehe Persediaan Prosedur HSG Tarikh untuk pemeriksaan HSG biasanya diberikan di antara hari ke 4 sehingga hari ke 10 dari hari pertama haid (rujuk LMP). Ini penting untuk memastikan supaya anda tidak mengandung dan juga mengurangka...

Rawatan Kesuburan di Klinik Kesihatan Part 2

18/07/2018 Assalamualaikum. Sambung story post sebelum ni. Macam biasa sampai kk buat pendaftaran dapat nombor giliran tunggu sampai nama dipanggil. Harini kena buat ujian darah; T4/TSH, D21 progesterone dan LH/FSH. Harini lama juga tunggu nama dipanggil untuk ambil darah. Tapi takpe sebab rawatan pon murah kita tunggu jela. Settle ambil darah kena hantar botol tabung uji darah tu dekat makmal. Tapi sebelum balik tu pergi jap kaunter temujanji sebab nak tukar tarikh temujanji pada 09/09/2018. Tarikh tu jatuh masa Hari Keputeraan YDP Agong. Dapat tarikh baru esok harinya, 10/09/2018 pukul 2. Waktu ni doktor akan bagitahu result ujian darah dan tengok la apa doktor suggest nanti.  Apa-apa kita tunggu bulan 9 nanti. Harap yang baik2 je result th nanti. Aamiin. Jumlah bayaran dikenakan RM1 sahaja 😊 Nampak tak tu.. Tiga botol darah untuk diuji..  Serammmm